"Kau rasakanlah apa yang aku rasa!"
Hah?? Ape kejadah ntah title blog pampers kali nie. Sungguh xde kena mengena langsung. *saja cari publisiti murahan* Haha~
Tadi pagi, nenek pampers hantarkan nasi goreng. *sedap dowh nasi goreng dia,siyez!* Lepas tu, ntah macam mana, agaknya kakak pampers bosan gile duduk rumah kot, dia pun ajak kitorang (pampers dengan adik pampers) pergi Segamat, buat delivery nasi goreng untuk abang pampers. *mamat ni kerja dekat Segamat*
Dengan berbekalkan semangat yang jitu, kami berjaya tiba di Segamat setelah menempuh pelbagai jenis lori termasuklah lori ayam, lori balak, dan lori mencurigakan yang mungkin membawa 'anak-anak ayam'.
Lepas Asr, kitorang balik la rumah semula kan. Malamnya, pergi rumah nenek, makan nasi ambang *sesetengah orang membunyikan the second 'a' as schwa*, makan freeeee~ yelah.biasalah kan. Rumah kami tiada emak, tiada bapa, jadi saudara-maralah yang memberi kami makan, memberi kami sesuap nasi. *hamboi.bunyik ko ni dah macam cerita TV3 Bersamamu lah!*
Oh.esok kena tolong adik pampers buat assignment arab. Haihhh..dik, memang rezeki kaulah amek Econs, blaja arab pun dekat matrikulasi sahaja. Dahlah sampai level 2 je. Huuuu~ +_+
No comments:
Post a Comment