Monday, January 10, 2011

Hari yang Bermakna (bermakna ke??)

Semalam, ye, AJL yang tak berapa nak bijak tu. Then, lepas AJL pampers tau for sure yang pampers akan tidur lambat. Sebab, habis je AJL, kitorang semua blah (dengan muka dan hati yang sangat tak puas dan geram) and pampers pun macam biasa, hantar Q balik mahallah dia. Nak tak nak, rela tak rela, pampers ntah macam mana akan nak melepak dan berborak dengan dia. So, kitorang berborak sampai lebih kurang pukul 3.30 pagi macam tu. Lepastu, pampers balik bilik and decided that I don’t wanna sleep at all. Serious beb, kalau pampers tidur, pampers akan bangun pukul 8.30 or 9.00 macam tu. Sebab badan pampers ni dah automatik akan tidur selama 6jam je. Maka dengan itu, secara automatisnya juga pampers akan terlepas subuh dan juga kelas Romantic and Victorian tu.

So, pampers balik bilik, update blog pasal AJL yang hampagas, main spider solitaire (my favourite!), semayang subuh, pukul 6.30 tidur, then pukul 7.45 bangun. Peh. Time tersedar pukul 7.45 tu (pampers tak buat alarm clock, ok), pampers rasa macam awesome gile sebab berjaya bangun. *mungkin disebabkan nawaitu pampers yang taknak miss class, jadi Tuhan bangunkan pampers dari tidur. Alhamdulillah…* /eh.minah, gile poyo kau nie.duhh../

Then, pegi kelas lah kan. Dalam kelas yang 8.30 tu, dah hujung-hujung pampers rasa “mak aih.ngantuk gile”. Tapi tak tidur pun. But dalam kelas pukul 10.00, pampers dah mamai habis dah.*Haha..lantak lah lecturer, saya ngantuk, harap maaf, silelah ajar mereka-mereka yang sangat eager untuk belajar tu* Around 10.55, dah selamat tidur dah. Oleh kerana pampers duduk tepi gile yang hujung nak mampus, so lecturer pun tak perasan pampers tidur. Hik hik. Next class yang pukul 11.30 tu, pampers tak ngantuk dah sebab sebelum kelas pampers gi mencari makanan. Hohoho..

Kelas arab yang pukul 2.00 tu takde sebab ustaz Nordin Ahmad (promote nie) dah cancelkan class. Wuuhuuu!~ pampers pun baliklah bilik. Semayang. Tidur. Sebab pagi tadi tidur macam haper je kan. Pukul 4 bangun. Mber pampers kena ragut. So, pegi tolong settlekan dekat balai, banks, etc. Balik bilik dah tak sempat plak nak pegi jumpa group mates, so lpas semayang, pampers pun pegi lah gym kat female sports complex tu.

Sampai-sampai je area complex tu, peh! Ramai gile jantan! Tapi nafsu pampers bukan kat jantina tu, so pampers pun takdelah heran sangat. *Heish. Buat semak je ramai-ramai kat depan ni. Korang pegilah bertanding kat male sports complex sana. Huh* Anyway, I entered the gym and started to warm-up, bla bla bla, etcetera etcetera.

Bells dengan Q pun ada sekali. Walaupun mula-mula tu Bells macam takde mood and malas nak work-out sangat, and sebenarnya pampers pun kurang bersemangat sebab hujan, so…awal-awal tu pampers dengan Q melepak kat luar gym, tengok pool… disirami rintik-rintik hujan yang turun dari awan megah kumulonimbus.. Aman je suasana time tu. Pampers memang suka dengan hujan. Suka sangat.

Ehem. Anyway, lepas 15minit macam tu, kitorang masuk gym and barulah bersenam betul-betul. Angkat sana, tolak sini, kayuh sana, lari sini. Huhu.. Pukul 7.00 blah and gerak ke Maryam punya café. Sambil tunggu Bells beli yong tau fu and mihun sup, pampers pun belilah burger seketul. Time tengah tunggu burger, borak-boraklah dengan Q. Borak punya borak, tiba-tiba Q kata,
“eh.apasal skang ni aku tengok ekspresi muka kau macam sedih je..?” pampers terdiam.
Q kata lagi, “kau kalau ada apa-apa problem, beritahulah tau..” pampers terdiam lagi.
Then, dengan sepenuh hati, pampers pun cakap mende yang sama dekat Q,
“kau pun. Kalau ada mende, ceritalah kat aku k..”
Lepastu kitorang borak pasal mende lain. Bells datang and kitorang pun blah dari Maryam, pulang ke mahallah masing-masing.


Memang. Memang pampers rasa terkesan dengan apa yang Q tanya dan cakap tadi. You know, I thought I dah tak rasa dah sedih-sedih lepas I saw my nephew time cuti aritu. But then, after hearing Q’s words, I realized that I can never get rid of the worried feeling about him and consciously thinking about him every single day. Kepada korang yang tak tau cerita, tolong jangan kata aku ni obses dengan anak buah sendiri. Kepada sape-sapa yang tau cerita, then you know how I feel. I don’t know how to put an end to all of these. I’m not obsessed. I can’t help it. I’m just an aunt who loves her nephew more than anything.



No comments:

Post a Comment