Monday, January 3, 2011

Scholarship.

Dalam cerita kali ni, ada sesetengah nama dan tempat yang aku tak letak. Sebab apa? Suka hati aku lah, blog aku kan. Apesal tajuk aku ‘scholarship’? sebab mende yang aku nak cerita ni ada kena mengena dengan budak yang dapat tajaan biasiswa. For starters, let’s just call that person as ‘D’.


Malam. 29hb disember. Lepas dapat refreshment from an event, kitorang berenam pegi melepak kat satu tempat untuk makan refreshment yang sedap tu. Time tengah melepak tu, D pun keluarkan statement bahawa scholarship tak masuk lagi and dia takde duit. Dia pun mengeluh sebab duit masuk bulan februari and time tu dia ada rm100 je.

Aku pun cadangkan dia balik rumah this weekend and try mintak kat parents dia. D buat muka. Aku rephrase, “kalau taknak mintak, pinjam lah. Nanti dapat scholar, bayar balik”.

D kata , “aku tak biasa ah mintak-mintak nie”.

Aku sambung, “ala.lagipun, diorang parents kau kan. Ye lah.kau takyahlah mintak. Pinjam. Nanti kang kau bayarlah balik”.

D jawab, “Aku tak reti lah nak meminta-minta kat parents aku” dengan muka yang mengatakan -aku bukan macam kau yang suka menyusahkan mak bapak dengan mintak duit senang-senang hati-.


Aku tau aku takde scholarship and aku pun tak apply loan (bapak aku tak kasik aku apply), tapi kau ingat aku suke ke nak memintak-mintak kat parents aku ni hah? Dah bapak aku kata dia boleh tanggung aku, watpe aku nak apply pun kan. Ah. Sudah. Aku bukan berlagak ok.

Parents aku, diorang jarang sangat ada kat rumah time aku kecik. Diorang sangat takde masa untuk aku dan adik aku (kerja – weekend je ada kat rumah. Kadang-kadang once in two weeks baru nampak muka) and cara diorang nak tebus masa yang terbuang dulu, adalah dengan bagi kitorang duit. Aku sometimes rasa pepatah ‘masa itu emas’ or ‘masa itu duit’ sangat sesuai dengan situasi macam ni.

Hah. Macam anak buah aku. Kalau kat Terengganu, atuk nenek dia sayang dia dengan cara marah. Kat Johor, atuk nenek dia sayang dia dengan cara bagi mainan and stuff.

Back to the main story. Secara logiknya, aku nak mintak duit kat sape lagi kalau bukan kat parents aku kan? Nak keja part-time, assignments melambak. Skang aku buat keja translation under Kabir. Tapi tu pun bile ada cerita or movie baru yg nak kuar. Kalau tak, takdelah.

My point is, bukan senang aku nak mintak duit kat parents aku untuk beli buku. Payah aku nak taip mesej or call diorang for that purpose. Tapi diorang suka bile aku mintak, maksud aku, diorang rasa bertanggungjawab and senang hati. Kalau aku tak mintak, diorang susah hati, diorang kata ‘kalau takde duit, mintak. Jangan sampai tak makan. Mintak je, Jangan ngada-ngada nak segan-segan ah’.

Ok D, aku tau kau mungkin tak berniat macam tu, hati kau mungkin takde berkata apa-apa pun, and muka kau memang macam tu. Aku je lah kot yang interpret sesuka hati. Tapi ntah kenapa aku sangat terasa dengan kau malam tu. Sampai ke hari ni.

No comments:

Post a Comment