Tarikh Lahir | Jenis Pohon |
23 Disember - 1 Januari | Apel |
2 Januari - 11 Januari | Fir |
12 Januari - 24 Januari | Elm |
25 Januari - 3 Februari | |
4 Februari - 8 Februari | Poplar |
9 Februari - 18 Februari | Cedar |
19 Februari - 28 Februari | Pinus / Pine |
1 Mac - 10 Mac | Weeping Willow |
11 Mac - 20 Mac | Lime |
21 Mac | Oak |
22 Mac - 31 Mac | Halzelnut |
1 April - 10 April | Rowan |
11 April - 20 April | Maple |
21 April - 30 April | Walnut |
1 Mei - 14 Mei | Poplar |
15 Mei - 24 Mei | Chestnut |
25 Mei - 3 Jun | Ash |
4 Jun - 13 Jun | Hornbeam |
14 Jun - 23 Jun | Fig |
24 Jun | Birch |
25 Jun - 4 Julai | Apel |
5 Julai - 14 Julai | Fir |
15 Julai - 25 Julai | Elm |
26 Julai - 4 Ogos | |
5 Ogos - 13 Ogos | Poplar |
14 Ogos - 23 Ogos | Cedar |
24 Ogos - 2 September | Pinu / Pine |
3 September - 12 September | Weeping Willow |
13 September - 22 September | Lime |
23 September | Olive |
24 September - 3 Oktober | Hazelnut |
4 Oktober - 13 Oktober | Rowan |
14 Oktober - 23 Oktober | Maple |
24 Oktober - 11 November | Walnut |
12 November - 21 November | Chestnut |
22 November - 1 Disember | Ash |
2 Disember - 11 Disember | Hornbeam |
12 Disember - 21 Disember | Fig |
22 Disember | Beech |
APEL, Si Cinta
Penuh pesona dan daya tarik, menyenangkan, petualang, senstif, selalu dalam cinta, suka dicintai dan mencintai, teman yang penyayang dan dapat dipercaya, sangat dermawan, pemikiran teknis, hidup untuk hari ini, ahli filsafat penuh imaginasi
FIR, Si Misterius
Kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang mempunyai cita rasa yang hebat! Kamu suka kepada apa sahaja yang cantik dan menawan. Kamu tidak pandai mengawal kemarahan dan tidak mahir menghilangkan stress. Kamu degil serta tidak mahu menerima pendapat orang lain. Namun, kamu boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Kamu harus dikurniakan pasangan yang boleh diharap, mempunyai tahap seksual yang tinggi serta berbakat.
ELM, Si Mulia
Hey, kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang lembut hatinya. Hati kamu mudah rapuh apabila dikecewakan atau apabila menerima berita sedih. Namun, sikap periang itu penyelamat kamu. Kamu seronok mengenali pelbagai ragam manusia dan membuat keputusan berdasarkan kata hati. Kamu tidak suka mendengar nasihat orang lain dan agak degil. Pasangan kamu? Tentulah seorang yang bijak bergaya, lemah lembut, dan penuh sikap sense of humour.
Kamu yang sangat optimistik! Apa yang diinginkan, sedaya upaya akan dicapai. Kamu juga tabah dan tidak mudah patah semangat. Kamu seorang penyimpan rahsia yang baik, itulah punca kamu boleh dipercayai dan disenangi oleh orang ramai. Kamu bijak membahagikan masa serta mudah berasa simpati. Kamu tidak suka untuk bersendirian, kadang kala bersikap panas baran dan tidak penyabar. Pasangan kamu perlulah seorang yang banyak cakap supaya kamu tidak sunyi.
POPLAR, Si Tidak Keruan
Kamu seorang yang kelam-kabut. Ada sahaja yang kamu risaukan. Oleh itu, jangan selalu amalkan buat kerja di saat-saat akhir. Kamu mempunyai personaliti yang menyenangkan. Kamu tidak suka menyusahkan orang lain dan mudah berasa kasihan. Kamu seorang yang boleh diharap. Kamu seorang yang memilih pasangan. Sampai bila akan dapat pasangan yang diidamkan jika terlalu memilih.
CEDAR , Si Percaya Diri
Kecantikan yang langka, tahu bagaimana beradaptasi, menyukai kemewahan, cenderung memandang rendah orang lain, percaya diri, tidak sabar, mempunyai banyak bakat, pekerja keras, optimis, menunggu cinta sejati, dapat membuat keputusan cepat.
PINE, Si Pencinta Kedamaian
Kamu hidup dalam keadaan yang harmoni. Kamu suka berunding dan pandai mempengaruhi orang lain. Kamu gemar berkreativiti dan berseni. Kamu tidak suka kepada penipu dan tidak mahu berkawan dengan sesiapa sahaja yang telah menipu kamu. Oleh itu, kamu harus pandai memilih kawan dan jangan peramah sangat. Pasangan kamu juga haruslah seorang yang bercita-cita tinggi, gemarkan kesenian seperti kamu dan bertanggungjawab.
WEEPING WILLOW, Si Melankolis
Kamu seorang yang suka berkeluarga. Pada kamu, keluarga merupakan aset utama dalam hidup. Hidup kamu penuh dengan harapan dan suka memberi pendapat. Kamu tidak mudah terpengaruh. Penampilan kamu menawan dan sering mendapat perhatian. Kamu tidak bijak mengawal kewangan dan sering mengabaikan soal kesihatan. Kamu sering kecewa dalam bercinta kan? Oleh itu, pasangan yang baik hati, memahami, setia dan cantik/hensem sesuai buat kamu.
LIME, Si Peragu
Menerima hidup apa adanya. Kamu tidak mudah mempercayai orang lain dan sentiasa berhati-hati apabila berhadapan dengan orang lain. Kamu sukakan kehidupan yang sederhana dan gemarkan suasana kepulauan. Kamu sanggup berkorban apa sahaja untuk orang tersayang. Kamu seorang yang setia dan tidak kuat cemburu. Oleh itu, pasangan kamu haruslah seorang yang peramah, sukakan kanak-kanak serta pemalu.
HAZELNUT, Si Luar Biasa
Kamu memang luar biasa dalam cita rasa. Kamu sangat memahami. Kamu peramah dan bijak melontarkan idea. Kamu seorang pejuang oleh itu jangan sesiapa cari fasal dengan kamu. Kamu mempunyai daya penarik seksual yang tinggi dan seorang yang popular dalam kalangan teman-temanmu. Kamu tidak suka menilai seseorang daripada luaran. Kamu boros. Pasangan kamu, mestilah yang segak berhaya dan tidak kuat cemburu.
ROWAN, Si Sensitif
Kamu seorang yang berfikiran logik akal. Kamu suka berpandukan fakta dan tidak akan berkata-kata sebarangan tanpa bukti. Kamu gemar mencari perhatian dan seorang yang periang. Kamu seorang yang bekerja keras namun hati kamu selalu terusik apabila orang di sekelilingmu berlawak kasar. Kamu beremosi, bersungguh-sungguh dan suka pada nombor. Pasangan kamu? Semestinya seorang yang peramah, cantik luar dan dalam serta tahan lasak.
MAPLE, Si Pemikir Bebas
Kamu seorang yang mementingkan keaslian. Kamu tidak suka berpura-pura dan tidak hipokrit. Kamu bercita-cita tinggi dan suka membangga diri. Kamu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sehingga ada orang yang tergugat kemampuan kamu. Kamu mudah menerima pendapat orang lain dan sentiasa ingin belajar perkara baru. Namun, sikap memilih kawan itu perlu dikurangkan sikit. Pasangan kamu? Haruslah yang bijak mengambil hati dan manja.
WALNUT, Si Gelora
Hidup kamu penuh berwarna-warni. Kamu berfikiran jauh, mempunyai reaksi yang tidak boleh dijangka dan bercita-cita tinggi. Kamu tidak tahan dengan karenah orang lain dan tidak suka dipermainkan. Kamu mempunyai tahap kesabaran yang harus dipuji. Namun, sekali, awas bagi sesiapa yang telah menyakiti kamu, kamu bukan seorang yang pemaaf. Pasangan kamu perlulah seorang yang memahami, ringkas bergaya dan bijak.
CHESTNUST TREE, Si Jujur
Kecantikan yang sukar ditemui, mempunyai rasa keadilan yang cukup baik, menarik, diplomatis, sensitif dalam kelompok, kadang-kadang bersikap layaknya pemimpin, merasa tidak mengerti akan cinta, susah menemukan pasangan
ASH TREE, si Ambisi
Daya tarik yang luar biasa, tidak perduli terhadap kritik, ambisius, pintar, bertalenta, senang akan tantangan, kadang egois, dapat dipercaya, kadang pikiran menguasai kata hati dan memandang tinggi arti persahabatan.
HORNBEAM, Si Citarasa Tinggi
Kamu mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Tidak hiraulah mengapa lelaki/perempuan ramai memuja kamu. Jika kamu seorang lelaki, kamu dalam kategori kacak dan begitulah sebaliknya. Pada kamu, setiap cita rasa perlu dipilih kerana kecantikan itu harus dipuja. Cenderung egois, pemimpin yang rasional dan disiplin tinggi. Kamu suka pada keselesaan dan suka pada muzik. Kamu tidak pandai membuat keputusan sendiri dan tidak pandai berdikari. Kamu mengidamkan pasangan yang baik hati, tidak beremosi, serta berduit.
FIG TREE, Si Sensitif
Kamu mempunyai daya ingatan yang kuat di samping pemikiran yang tajam. Kamu tidak suka kepada pertelagahan yang membawa kepada pergaduhan. Sememangnya kamu pencinta kedamaian. Kamu seorang yang setia dan pandai mengambil hati. Namun, kamu seorang yang kuat cemburu dan tidak gemar bersosial. Kamu bijak, pencinta haiwan, dan jujur. Pasangan kamu perlulah seorang yang tidak banyak ragam dan tidak kuat merajuk.
OAK, Si Gagah Berani
Hah, ternyata kamu tidak gentar dengan cabaran. Kamu seorang pencinta laam semulajadi. Kamu tidak suka orang yang mengutuk dan tikam belakang. Sikap natural kamu itu memudahkan orang di sekelilingmu. Kamu jenis tidak kisah dan sentiasa mendahului orang lain dalam pelbagai perkara. Namun, sikap pemalas kamu itu perlu dijauhi. Orang yang peramah, penyayang, dan sopan santun sesuai menjadi pasangan kamu.
BIRCH, Si Inspirasi
Menyukai kehidupan, atraktif, elegan, modis,bersahabat, menyukai hidup alami dalam ketenangan, tidak terlalu berambisi, penuh dengan imaginasi, mampu menciptakan suasana yang tenang.
OLIVE TREE, Si Bijaksana
Menyukai suasana yang damai dan tenang. Kamu tidak sukakan keganasan dan sentiasa mahu berkawan dengan sesiapa sahaja. Kamu seorang yang bertanggungjawab dan bertoleransi. Kamu pendengar yang baik, gemar memberikan nasihat, pencinta keadilan dan pemurah. Kamu sangat sensitif dan sering berkecil hati dengan orang di sekelilingmu. Kamu suka membaca, jujur dalam perhubungan dan mengharapkan pasangan sebegitu.
BEECH, Si Kreatif
Citarasa baik, peduli terhadap penampilannya, materialistis, si organizer yang baik untuk kehidupan dan perjalanan kariernya, ekonomis, pemimpin yang baik, rasional, menjaga kondisi tubuh dengan baik seperti diet, olahraga dll.
yg baik je i caya, ahahaa
ReplyDeleteyg tak baik? ha ha~
ReplyDelete