Sunday, July 17, 2011

Dulu saya.... {1}

Dulu saya Kentoot !

Haha~ tergelak aku sorang-sorang bila ingatkan si 'Kentoot' ni dulu. Huhu..
10tahun dulu, mIRC kan sangat tersangatlah famous kaann~ so, 8tahun sebelum ni, (sekitar umur aku 15 tahun gitu), aku pun terikut jugaklah dengan gejala pergi CC (cyber cafe) dan masuk chat dalam mIRC ni.

Channel yang selalu aku masuk #batupahat, #bp, #johor, #kuiz, aaa..tu je kot. Huhu.. Oh.ada lagi. #1989. Hahaha~ Lepas PMR, menghadap komputer je lah. Chit chat sana sini. Nickname yang aku pakai tu 'kentoot' lah. Ada jugak kadang-kadang tukar kepada 'taik', then 'loji', pastu 'najis'. Tapi admin channel tu banned lah pulok. Huhu.. So, 'kentoot' je lah yang melekat selama dua tahun.

Disebabkan nama 'kentoot', maka semua orang kat dlm channel tu fikir bahawa aku ni seorang jantan a.k.a lelaki. Gahahaha~ But then, awal Form Four tu berkenalanlah dengan dengan sorang mamat ni. Nickname dia ada 'nirvana' gitu-gitu *tak ingat*. Nama dia Firdaus *or maybe Firdhaus* tapi orang panggil dia Jepun. Ntah macam mana ntah, aku bleh plak couple dengan dia. Bwahahaha!~

Dengan nama 'kentoot' tu jugalah, aku famous. *bapak ah. kau ni prasan tak bleh blah dowh!* Lepas setahun pakai nick tu, budak-budak dlm channel #batupahat (rasanyalah, kalau tak silap aku channel tu kot) dijemput pergi gathering dekat...hotel mana ntah.. Aku pun pergilah, ajak adik dengan akak aku skali. Pastu di-interview dekat depan chatters yang lain oleh Piko (Zafian Jayos). Aku ni memang bermusuh dengan mic. Bagilah mic ape pun (termasuk mic dekat karaoke jamban), mic tu mesti taknak kluarkan suara aku. So, bila si Piko yang cute *Piko sangat cute!* tu ajukan soalan dan halakan mic dekat aku, aku pun jawab je lah mcm biasa. Tapi tak kluar suara *daym yu mic!* maka terpaksalah Piko yang cute tu *Piko ni mmg cute ah!* ulang balik jawapan aku dekat org ramai.

I spent my whole form four and five responding to people calling me "hey kentoot~" with "oh. Hai!". I loved it. I love my being as The kentoot. Dalam myspace pun letak 'kentoot'. Huhuhu..sengal. XD

No comments:

Post a Comment